baby and hunny

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 15 September 2011

art ???/ bole kja ap . hadooooiiiiiiiiiiiiiiii


Pernahkah anda mendengar soalan seperti di atas? Jika tidak pun mungkin anda pernah terdengar sesetengah orang mempersoalkan tentang masa depan dalam bidang seni ini. Begitu juga dengan sesetengah ibu bapa yang mempertikaikan keputusan anak mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan seni. “kau ambil seni nak jadi apa nanti?”, “ada kerja ke nanti bila dah keluar kalau setakat belajar seni?”. Begitulah antara situasinya. Sebenarnya ramai dikalangan mereka yang berpendapat sedemikian masih tidak mengetahui peluang yang cukup luas terdapat dalam bidang seni ini. Bagi mereka, bidang seni hanyalah dipandang sebagai suatu subjek sampingan yang tidak penting. Namun tidak wajar untuk kita menyalahkan mereka kerana kemungkinan besar mereka tidak mengetahui dan menyedari akan peluang yang wujud dalam bidang ini. Jadi, nak kerja apa dengan seni???
Mungkin ramai yang berfikiran  bila belajar seni,  nanti akan jadi pelukis atau artis. Ya, itu betul, malah jika anda betul-betul serius dalam bidang lukisan, tidak mustahil anda juga bakal mencipta nama sebaris dengan nama-nama besar artis Malaysia seperti Syed Ahmad Jamal, Yusof Gajah dan Latif Maulan. Kebanyakan mereka ini telah menjadi kaya raya dengan seni, jadi tidak timbul soal tidak boleh hidup dengan seni. Tapi, ada juga yang berkata,
———————————————————–
“alah..diorang ada bakat bolehla.”
“aku tak pandai melukis, macam mana nak pergi jauh?”.
———————————————————–
Sebenarnya terdapat banyak lagi pengkhususan dalam bidang seni yang boleh disesuaikan dengan kebolehan dan minat anda. Antara profesion lain dalam arena seni ini termasuklah “pereka grafik, art director, photographer, kartunis, pelukis komik, editor, web designer, pereka hiasan dalaman, pereka landskap, pereka fesyen, pengiklanan, percetakan, textile, seramik dan banyak lagi’. Banyak bukan? Jadi pilihlah mana yang sesuai dengan kecenderungan anda. Mungkin anda kurang dari segi kemahiran, tapi anda mungkin ada idea yang kreatif yang boleh dikomersialkan. Malah, salah satu kelebihan menceburi bidang seni ini, anda dapat mempelajari kedua-dua kemahiran teori dan praktikal. Andaikata anda sukar mendapat pekerjaan sekalipun kelak, anda masih ada kemahiran yang boleh diaplikasikan daripada idea yang kreatif. Sebagai contoh, pelukis-pelukis bebas yang bergerak sendiri dan juga freelancers yang mengambil tempahan rekaan. Ya!, mereka boleh bekerja sendiri dan menjana pendapatan. Jadi, jangan cepat mengalah dan rasa rendah diri serta risau jika anda mahu mengambil jurusan berkaitan seni. Yang penting adalah usaha dan komitmen tinggi anda yang akan menentukan samada anda berjaya ataupun sebaliknya tidak kira dalam bidang apa sekalipun.
p/s: mungkin dengan penjelasan ringkas ini dapat membuka mata kepada mereka yang masih kabur terhadap peluang pekerjaan dalam bidang seni dan kesenian:)

No comments:

Post a Comment